Thursday, 29 September 2016

Ayawan Musafir Singgah - Pengkarya Jalanan ( Harian Metro 25- 03 -16 )


** Penayair Seruling Malam terima tomahan daripada segelintir masyarakat buta seni 
Harian Metro - Rosman Shamsudin
TANJUNG MALIM - Dia pernah menerima pelbagai tohmahan daripada segelintir masyarakat yang buta seni, namun Ayawan Musafir Singgah, Penyair Seruling Malam atau nama sebenarnya, Mohd Shaharizuan Mohd Sahrie, 50, tetap meneruskan kerjaya seninya sebagai pengkarya jalanan di Kuala Lumpur.
      Beliau yang berasal dari Batu Gajah, Perak dan menerima pendidikan terakhir di Sekolah Menegah Kebangsaan (SMK) Doktor Burhanuddin, memulakan karier sebagai penari jalanan sekitar tahun 1980-an di Taiping serta berkahwin dan dikurniakan cahayamata seramai tujuh orang (Pembetulan: anak beliau ada seramai 8 orang - Admin).
     Ketika beliau bekerja, dia sering membuat persembahan tarian kerana minatnya yang mendalam sehingga mampu mencipta tariannya sendiri sebelum beralih pula kepada alat musik seruling.
Semuanya bermula apabila adik iparnya membuat seruling, namun apabila cuba ditiup seruling itu tidak berfungsi menyebabkan adik iparnya memberikan kepadanya dan ketika meniupnya, seruling berkenaan berfungsi dengan baik sehingga digunakan olehnya sehingga hari ini.
     Sejak itu, kemana dia pergi seruling akan menjadi teman setia sehingga ketika membuat persembahan dengan temanya "Muzik Alam" untuk memberi keindahan dan ketenangan kepada peminat.
     Disebalik kemahirannya meniup seruling, ramai yang tidak mengetahui dia juga mampu mencipta lagu dan lirik serta artis yang pernah menyanyikan lagu bealiau ialah perserta Idola Kecil Ke4, Syazleen Natasha bertajuk Siapa Aku Di hatiMu.
     Ayawan berkata, banyak lagu dan lirik ciptaannya dinyanyikan oleh artis di Brunei Darul Salam seperti Ely Aziz (Pembetulan Aly Azrak-Admin) dengan lagu Silap KuRindu dan Cinta Alyssa serta kumpulan Karisma dengan lagu Ku Ujud Cinta.
     Katanya,terbaru dia baru meniyapkan lagu dan lirik untuk kumpulan Ovia dari Kajang dengan lagu Delima Luka serta lagu, Kasih Sampai Mati dinyanyikan oleh Hasnol serta bealiau juga sering mendapat tawaran untuk berlakon iklan dalan dan luar negara.
     "Saya bersyukur dan berterimakasih kepada saudara Burn daripada Kumpulan Meditasi yang banyak memberi semangat dan sokongan ketika saya di ambang kejatuhan untuk terus bangkit menjalani kehidupan sebagai artis.
     "Misi dan visi hidup saya iaitu perjalanan mengajar erti satu kekuatan yang menjadi pegangan saya sejak dulu sehingga kini dan bagi saya, apa pun cabaran serta dugaan bila bergelar artis atau penggiat seni, saya reda apa juga ketentuan-Nya." katanya.
     Ayawan berkata, dia sudah menyiapkan sajak untuk dibukukan dalam bentuk cakera padat bertajuk Dari Kapal ak Pandai Tapi Bukan Bodoh tetapi masih sedang mencari penerbit untuk menerbitkan buku itu.

Retype by Admin

No comments:

Post a Comment